Stay with you darl!

Friday, September 23, 2011

Alhamdulillah..

Bersyukur sangat semalam bila nampak figure XX,XXX..walaupun tolak tax sume..
Alhamdulillah..Terima Kasih Allah atas rezeki ini..

2 hari lepas ingat dapat balik awal..last-last balik kul 10.30pm..Pagi semalam memang macam tak nak bangun dari tido je..Ingat nak MC tapi..ada task pending lagi..hope end of this month,habis je September,busy pn habis sama...

Mode : Rindukan suami..tapi tak mahu pergi jumpa dia..sebab..weekend ai nak tidoooooooooo!!

Rasa macam mahu balik kampung sahaja...Rindu Adam & Danial...serta ibu...

Wednesday, September 21, 2011

Sakit Tekak..

Mode: Letih,sakit kepala tp excited nak makan free..nak balik rumah..tidooooo

Last weekend..during spend time together,suami demam..and he said.."risau nanti baby demam.." then ai reply "emm..InsyaAllah x.."sambil smile nampak gigi.. today..feel like..emm macam nak demam jer..or just maybe not enough rest?usually kalau tak cukup tido/rest memang akan rasa macam nak demam..Hopefully sebab letih sahaja...Kerana saya ada plan hujung minggu ni..Pergi saloooon!Nak pi potong rambut yang hujung itu supaya ia sihat dan cantik..heee..(Perasan betol!)

Harap-harap hari ini boleh awal sharp 5.30pm dah keluar dari office!nak tido awal..

---- Hal-hal yang berserabut dalam kepala selain keje.. ----

  1. Kat mana nak cari kain untuk baju kawin? xlama dah 26/11 ni
  2. Bila nak basuh baju dari last week?
  3. Rindu....haseben..camne?
  4. Kat mane nak shoot tuk pre-wed and outdoor nanti?? (haha gatai..)
  5. Bila nak balik kampung..?
  6. Bila kad kawin nak siap??
  7. Bila nak beli rumah sendiri? Suami sila jawab..ai xmo pikir dah...
 Banyak persoalannya,banyak juga jawapannye..

Tuesday, September 20, 2011

Kerja owhh..sungguh penat

Bulan ini,terasa sangat penat bekerja..mengejar due date tuk UAT signoff..haihhh sungguh letih..lagi letih dari lari pecut..Nak-nak kena this week kena duty pagi..masuk office 7.30++ am..pastu balik lewat sampai jam 8.30malam..letih giler..seriusly memang tak dapat dah nak bertahan..tunggu rezeki tang tempat lain pula..masih menunggu orang nak amik ai kerja..sekarang apply kerja area Perak..area Teluk Intan..emmm belum jumpe lagi kerja kosongnye..Slow-slow dah ni..

Jika komitmen tang hutang tu tak da..emm sure laa ni dah berhenti kerja dan tinggal di Teluk Intan bersama suami..Jaga makan minum,pakai semua..InsyaAllah..Sekarang terlebih menyumbang kepada komitmen..sendiri cari..hukhuk..Menurut plan suami, nak tinggal hutang rumah dan kereta sahaja..pastu InsyaAllah, isterinya boleh la berhenti kerja..

Wahai user, sila la test cepat-cepat..dah berapa hari kena tunggu user buat test jer..penat..sakit pinggang tau..Tak menang tangan dah nak handle semua task..dorang plak, sedap je nak pas task..Tak pe..belum tiba masa mereka nak tengok ai mengamok..Emm..Sib suami pesan suh bersabar dan perfikiran positif..

Cepat la..saya mahu pulang kerumah and landing ke tilam feveret saya...

Wednesday, September 14, 2011

Dating!Confirm!

Sedang bercinta kembali dengan hubby!Alhamdulillah..Dating is "ON"


Ingin berkongsi dengan para isteri..Doa isteri.. 
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yangmelalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Tuesday, September 13, 2011

Padan Muka Sendiri

Sepatutnya 16/09/2011 kami akan berjumpa settlekan semua hal-hal untuk majlis pada November ni..Tapi dia tak mahu berjumpa..katanya masing-masing tak da duit..dan dia tak kesah pun berapa bulan yang tinggal untuk buat preparation..emm ='(

Dalam hati sebenarnya,nak sangat jumpa suami..hubby,xmau bertemukah?paling lama dia merajuk..3 hari..Ego sungguh orang ini..haih..sendiri padan muka..

My frens advised:" nisa kena ubahla..apa salah ubah for the better kan..( mmg traits anak sulung,degil keras kepala kena ikut apa ai nak je haha) laki biasenya tak tahan la dgn perangai cmtu..try beralah gakla...takde rugi pon kan.."

Betul jugak her advised..maybe ai should beralah & banyak bersabar..sebenarnye tak rugi pun kalau tak bergaduh..haiih.sekarang padan muka sendiri!!!

Hope for the better results on tomorrow!

Office:Testing masih tak complete..ai sudah bosan mengetest!

Monday, September 12, 2011

Sorry for Anniversary


Everything spoiled..my mood, the feels of celebrating anniversary with husband also hancur!All my fault..The only 1thing I expert to do is "Marah2"..haa sekarang amek!!padan muka sendiri tak dapat meraikan anniversary bersama incik hubby..setiap kali nak celeb important day,mesti ini yang berlaku..

Sedih ker?xsedih ker?..life memang unexpected..yeah..sehari baik berminggu-minggu tak baiknya..it was normal..tapi semua orang yang berumahtangga begitu ke?or hanya bahagian ai sahaja yang begini..adakah sebab kami duduk berjauhan begini mengundang pelbagai kenangan yang menyedihkan dan kejam. Kepala sakit sangat waktu-waktu begini..dengan kerja yang melambak-lambak..due date within this month..Ya Allah...kuatkah hambaMu ini Ya Allah..rasa seperti tiada kekuatan meneruskan segalanya....

Saat-saat begini rasanya ingin sangat dipeluk erat2..supaya dapat lupakan segala yang berlaku..supaya boleh teruskan hari esok seperti baru hari ini ai melangkah ke dunia..bisakah?

Wahai suamiku,
Mengertilah perasaan isterimu ini...
 

Wahai suamiku,
Sememangnya isterimu ini bukan yang terbaik,
Bukan seorang tukang masak yang terhebat,
Bukan penghibur yang bersuara lunak,
Bukan seorang sempurna segalanya,
Tapi seorang yang sangat bahagia bila berada disisi suami dan yakin pasti boleh memberikan kebahagiaan kepadamu suami....




I'm sorry by for hurting you...!Happy 1st anniversary..u're wonderful Husband..Love you 4 ever!