Stay with you darl!

Thursday, May 31, 2012

Last day Mei 2012

Salam..
Salam sejahtera..

Finally, penghujung bulan Mei..Esok Jun!Yeah ada lagi 22 hari kena menghadirkan diri ke office ni..Pasti nanti akan rindu semua perkara disini..Banyak pengalaman manis,pahit,masam,masin dan sebagainya..

Kakak-kakak kat opis pun sangat baik..Terima kasih semua..

Ai bakal jadi penganggur sudah..Namun sekarang gagah juga meng'apply' keje..Kerana ai rasa,mahu terus berkerjaya dari menjadi seorang surirumahtangga sepenuh masa..

Sekarang,segalanya hanya untukmu anak mummy..Lots of love..

Wednesday, May 30, 2012

Seindah Cuti Sekolah

Salam..
Salam sejahtera..

Bila musim cuti sekolah..mesti staff akan berkurangan..Ibu bapa turut bercuti sekolah sama untuk membawa anak-anak pergi jalan-jalan..Kalau tidak mesti anak-anak mereka komplen kate tak pergi mana-mana pun cuti sekolah ni..Haih budak zaman sekarang memang sungguh pandai..Zaman kita dulu, redha je, kalau parents bawa pi jalan, pi la..Kalau tidak duduk saja dirumah tonton tv..Kan banyak cite katon..Opis memang lengang la..Kadang-kadang suasana macam ni best jugak..Namun ada gak parents yang tak amik langsung cuti masa cuti sekolah..Memang parents yang workaholic la tuh or mereka malas nak meredah jem dan sesak-sesak..

Teringat adik-adik di kampung..Mereka pun sedang bercuti sekolah sekarang..Tapi ibu terpaksa berkerja dan tak dapat mengambil cuti kerana kat office tak ada orang yang akan menggantikannya..Kecian Danial dan Adam..Ai teringin sangat hadiahkan ibu dan adik-adik percutian yang sangat best untuk mereka tapi ai masih tak dapat berbuat demikian..Sering survey package percutian untuk mereka..Biar ibu dan adik-adik dapat enjoy,berehat,mencuci mata dan adik-adik dapat pengalaman yang baru..Bila nanti ade rezeki, ai pastikan mereka pergi bercuti tempat yang best sikit naek flight ke..Walaupun rasanya adik-adik tak heran pun nak naik flight(mereka siap dah naik biz class lagi.kakak dia pun tak pernah okey). InsyaAllah akan ai usahakan semua ni..

Ada juga cuti sekolah ai yang best dulu..Rezeki ibu baik, bawa kami pergi bercuti-cuti ke Cherating,Langkawi,Pangkor..Itu ketika ai masih sekolah rendah..Seronok!Walaupun tak semua memori ada dalam kepala nih.Terima kasih ibu..Sebab adanya percutian tu ai boleh buat karangan bahasa melayu bila cikgu bagi tajuk, "Aktiviti Cuti Sekolah" . Sure bosan buat karangan tu kan..hehe

Ada orang tanya ai. " Tak cuti sekolah ke,bawa anak jalan-jalan?"..Ok ai pening..Anak belum daftar skool lagi la.....

Tuesday, May 29, 2012

Hati

Salam..
Salam sejahtera..

Bila kita kecewa dengan orang tersayang, dan orang tersayang buat tidak tahu pula..Apa sepatutnya kita rasa..macamana nak handle orang yang heartless tu..

Makan gak best..Memang bagus betul selera makan..Makan hati pun berselera juga...

Air ribena dah tak sedap!

Monday, May 28, 2012

Fogging

Salam..
Salam sejahtera..

Ya Allah, hari ini sungguh mengantuk okey.. Memandangkan kandungan dah nak masuk 7bulan, ai mengalami masalah nak tido balik macam first trimester pregnant..Owh sungguh besar rupanya pengorbanan seorang ibukan..Sungguh kagum pada mereka yang telah melahirkan lebih dari seorang anak..Dan sungguh kagum dengan ibu dan mak mertua.. Dah la susah nak tido, tetiba pukul 4 lebih pagi, orang kesihatan datang fogging..Ya Allah..sungguh teruji dengan bunyi bisingnya dengan baunya..Plus dah la malam tu baru je basuh baju 3 round, sidai kat balkoni..Huh memang habis berbau la..Sah!Kecewa dengan bising dan effect pada baju yang diampaian..Lama tau proses fogging tu........Ai tensen,nak tido tak dapat..Sudahnya,niat nak bangun awal tak dapat okey..Seperti biasa la..(Salahkan fogging plak,padahal memang susah pun nak bangun awal dan hari-hari mengantok hehe..)

Em..dah tak da countdown dah nak duduk dengan suami..Sedih..Pasni kena duduk dengan ibu di Melaka..

Tetiba nak makan cookies sedap..Famous Amos..Tapi nak yang suami beli..Tak nak beli sendiri..

Emmm........

Friday, May 25, 2012

Ai rasa tak tahu!

Salam..
Salam sejahtera..

Ai nak shopping..Nak shopping..Nak shopping sampai lebam..Boleh?Ke sebenarnya ai rasa sungguh bosan duduk disini tanpa suami melayan karenah?Ye memang ai nak sangat dia ada jer..Sejak pregnant, ai dapat rasakan macam asik nak berkepit jer dengan dia..kalau dah jumpa tu, kemana saja dia pergi ai nak ikut,even dia nak pergi mandi pun rasa susah nak lepaskan..Hahaha mesti suami cakap dalam hati, ape kena la bini dia camni..nak gi tandas pun tak bagi..Parah tak ai?

Dulu masa mula-mula kawin, suka sangat meleset kat dia..Sampai ibu ada cakap, "Kenapa along ni meleset dengan Mal macam kucing jer ni, meyondol-nyodol bahu dia..?"Hehe ntah la..Itu semulajadi kot..Tapi sejak ibu tegur tu, suami pun salu tegur, "Ni nape cam kucing ni,meleset-leset?" Huh..Aduhai si suami ni pon,geram jer rasa..Pastu dah kurang dah nak meleset-leset nih..Tapi yeke meleset-leset?Tak rasa pun camtu..Mungkin yang buatnya tak terasa seperti itu tapi orang yang melihat boleh nampak seperti ape..

Masa awal-awal pregnant, kan ai morning sickness..Tiap-tiap pagi, petang ke bila dan je memang muntah..Bila suami ada disisi, jarang pulak nak muntah..Bila dia ada, rasa semuanya okey-okey je,perut selesa,kepala kurang pening..Suami pun pelik, bila dia ade,tak da pula nak sakit/muntah ke..Bukan la dia nak minta sakit ke apa,at least ketika ai sakit,dia nak dia ada disisi katenya..Berbeza pula dengan adik ai yang kawin skali tu..Dia pregnant, dia kate kalau suami jauh baru rasa kuat sikit nak menghadapi morning sickness yang teruk tu..Kalau suami dia ada, dia rasa lemah je, nak buat ape pun tak larat..Semua nak suami buat..Hehe tu nak manja kot..

Ragam orang pregnant ni lain-lain kan..Bagi yang tak da morning sickness,tak ada alahan sungguh beruntung..Tapi apa-apa pun pengalaman pregnant anak pertama ni akan menjadi kenangan yang sangat indah..Pengalaman yang berharga..Konon-konon dengan harapan second pregnancy nanti mampu menanganinye segala dengan mudah..InsyaAllah..

Tapi masih belum berakhir lagi perjalanan prenancy pertama, masih ada fasa bersalin..Fasa berjaga malam,fasa bf..Neves pun dah mula rasa..Dah 2 3 kali bermimpi bersalin..Sungguh kecut hati..Namun tetap cuba menghadapi semua dengan tenang..InsyaAllah..


Thursday, May 24, 2012

Tak dapat 'UMAR'

Salam..
Salam sejahtera..

Masa awal-awal dapat pregnant dulu, ai ade bermimpi..Melahirkan anak lelaki lalu diberi nama "Idrus Umar"..Terus bercerita pada suami, ibu dan sahabat-sahabat rapat..Suami suka dengan nama itu..Hehe masa tu terpikir, ai pregnantkan baby boy ke ni..Kalau pregnant baby boy, insyaAllah akan namakan beliau dengan nama "Muhammad Idrus Umar" atau nama lain "Muhammad Irfan Umar..emm.....Tapi ai paling suka nama Umar itu..Berharap bakal anak-anak teruna ai nanti ada Umar pada setiap nama..(uishh anak-anak ok..means insyaAllah, ade rezeki, mahu anak lebih dari 1, 2, 3 , 4..InsyaAllah,Allah penentu segalanya..)

Tetiba malam tadi suami bercerita tentang baby.. Dia cakap mak mertua tanya nak bagi nama apa ke baby..(emm dalam hati,mesti dia bercerita dengan mak pi scan semalam nampak baby boy..) Pastu suami kate nak namakan Umar..Then suami kata mak tak berapa nak setuju nama tu..Sebab ade kesah hitam family mertua di sebalik nama itu..Emm..Okey ai rasa sedikit frust tapi tak boleh pentingkan diri sendiri..Dah dua nama yang ai tak dapat..Satu Yusof lagi satu Umar..Yusuf tu sebab nama FIL(father in law) Yusof..Nak kena cari semula nama-nama untuk putera kami yang bakal lahir..Diri sendiri punya la tidak berkenan dengan nama yang lain..Walaupun selepas ni, ai dan suami akan kumpulkan nama-nama dan kami akan pilih nama yang kami berkenan..Cedih jugak rasa...Seperti sahabat ai, dia merahsiakan nama anak dia dari semua orang hingga kelahiran si baby..Ai rasa bagus jika begitu..So ai pun ber'sms' dengan suami pesan, selepas ni nama bakal anak-anak kita adalah rahsia..sehingga dah siap mykid..hahaha so tak da la nak rasa kecewa macam ni lagi kan..Haihh tak tahu la kenapa terlampau rasa frust tak dapat nama Umar tu..Tapi anak mummy jangan sedih-sedih okey, mummy & daddy akan cari nama yang terbaik,insyaAllah..( Puan Naema, tolong bagi idea boleh?hehe)

Sungguh fening rupanya mencari nama-nama untuk anak-anak kan..Masalah ai plak, tak da spesifik maksud nama yang diinginkan..Huruf bermula ape pun tidak kesah..Janji maksud yang baik-baik..Serasa mahu nama "FIRDAUS" tapi.......Tak mau lah..Hehe

Baby dalam peyut semakin aktif..macam setiap masa jer dia bergerak..Gerakan yang extreme kadang-kadang..Sangat ingin tahu ape yang dia buat dalam peyut tu..Ke baby nak main-main dengan mummy..Tapi waktu malam,mummy nak tido la sayang..camne eh?Sabar ye sayang, nanti mummy dah jadi housewife fulltime, kita main-main okey..

Sabar menanti kelahiran kamu...



Wednesday, May 23, 2012

Alhamdulillah

Salam..
Salam sejahtera..

Owh baru balik dari scan kat KKIA Pantai Indah..Sungguh la lama menunggu..Dari 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari ok..Hubby macam dah nak perli-perli staff nurse tu tapi ai cepat-cepat la mengalihkan perasaan itu kepada bergurau senda..Bila sendiri tak hangin mesti pasangan yang hangin kan..Dan sebaliknya..Hee nasib baik ai boleh cool hari ni hehe walaupun baby dalam perut ni bergerak-gerak bagitahu yang dia sudah lapa ok..(sebenarnya mummy dia yang lapa....)

Ok dah scan dah tapi tak dapat copy dari scan tuh..Hukhukhuk..Kena repeat scan lagi on next month..Tapi mummy & daddy dah dapat tahu jantina baby..Alhamdulillah..Finally..InsyaAllah jika betul kate doktor itu dan apa yang kami lihat..Incik hubby sangat suka..Ai pulak,tak kesah pun baby gal or boy,janji baby sihat dan okey dalam peyut..Syukur alhamdulillah..Ia tetap anugerah yang paling best dan istimewa dari Allah swt..Kalau betul baby delivered on 21 Ogos ni, genap la anniversary yang ke-2 perkahwinan kami mengikut kalendar Islam..

Niat nak berbesan dengan BFF ai( ♥naematulsaadahismail♥ ) maybe kena tunggu next prenancy kot,hehe insyaAllah..Nak ke dia?hehe..nanti cuba adjust..hahaha

Sabar menanti kehadiranmu sayang..maybe;Umar

Ai sangat bersabar menanti kelahiran si manja ini...

Tuesday, May 22, 2012

27 minggu hamil

Salam..
Salam sejahtera..

Now anak mummy dah 27 minggu..Semoga anak mummy sihat dan okey dalam peyut mummy yang agak besor ni(heee  besor ke?hehe) Tapi anak mummy memang very the aktif la..Rasa macam perut  mummy macam dikorek-korek, dirobek-robek, dan digaru-garu jer..Tapi mummy suka bila baby bergerak-gerak..Daddy of course lagi suka..Kadang-kadang tengah tido, daddy akan letak tapak tangan kat perut mummy..Owh mummy suka part ni hehe..Lots of love..Sayang, mummy & daddy dengan sabar menunggu kamu.

Kul 3 petang tadi, klinik tempat check up tu call, cakap esok pi scan kul 10pagi.Hah?! Baru ade orang nak call ker?kenapa esok je tak bagitahu..kenapa hari ini?Eiishh aduhai depa ni..Ingat ai ni macam superman ke leh terbang ke sana sini, cuti sesuka hati..haih..Terpaksa suh incik hubby datang esok..Kecian kat hubby sebenarnya..Tapi mahu dia disisi juga..Mula-mula cakap, xpe la naik teksi tapi ni pi scan ni..Hehe takkan la daddy tak mau tengok saat ni kan..Daddy pun decide, dia datang KL..Owh sangat suka la ai..Dah la, last weekend cadang nak pi scan..Kunon-kunon nak tahu jantina baby..Tapi bila sampai ke klinik, klinik tutup..Pi tempat lain, doktor tak ada plak..2 3 klinik kami pi tapi semua tak da..Surprise betul jantina anak mummy & daddy ni..So esok,InsyaAllah kalau baby tak tutup-tutup tut, dapat la tahu jantina si manja nih..Wah so excited mummy dia...

Tak sabar nak tunggu hari esok..
Melihat keadaan si manja yang berada dalam peyut ni..Lots of love..

Friday, May 18, 2012

Persembahan kejutan

Salam..
Salam Sejahtera..
 
Persembahan kejutan Awal Ashaari untuk Scha Al Yahya on their wedding..
Owh Awal memang so suwit...Semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat..InsyaAllah..Amin..




Teringat masa sehari selepas hari majlis perkawinan kami..masa tu kenduri belah suami adik,kat Merlimau, 27 Nov 2011..Tetiba suami nak menyanyikan sebuah lagu di majlis tu dengan ucapan untuk isteri tersayang..Wahh malu ai time tu..Semua orang tengok ke arah ai okey..Lagu Cinta Kristal..Nasib la suara suami boleh tahan hahaha!Tapi masa tu rasa jatuh cinta lagi pada dia..Sangat! Kemudian mungkin disaat tu Allah mengurniakan kami anugerah yang sangat istimewa..InsyaAllah kami bertemu anugerah itu on mid August 2012..Alhamdulillah..Allah Maha Mengetahui segalanya..

Thursday, May 17, 2012

Birthday 2012

Salam..
Salam sejahtera..

Alhamdulillah..14052012 genap umur 27yo..Wahhh figure makin besar rupanye..hehe namun masih terasa diri ni masih 25yo ok..setiap tahun rasa umur masih 25..sampaikan masa last year, bila orang tanya umur berapa,confident jawab 25..hehe..Ntah kenapa rasa umur masih tetap 25..ada apakah pada umur ini?..tapi hakikatnya sekarang dah 27 walaupun nak perasan umur masih 25 (xsedor diri hihihi)

Terima kasih pada family,sahabatku,kawan-kawan,rakan-rakan di opis & semua yang wish on my besday..Thank you so much..lup u ols..

Emm paling best bila suami buat surprise..konon-konon nak buat surprise la tapi wifey dia dah tahu plan dia haha..

Bear on besday
Dapat teddy bear dari hubby..walaupun tidak la sebesar almari baju..but i loike..owh lots of love

Hadiah istimewa dari yang teristimewa
Anklet pemberian cinta hati dan buku-buku tersebut di hadiahkan oleh kak Yati & dan kak Siti dari branch network..Terima kasih kak untuk besday goodie bag!
 
By @ Genting sambil makan eskem..
Kami pergi ke Genting Highlands..ai tahu hubby nak pi theme park tu tapi bagaimana ai mahu teman dia dengan peyut yang canggini..?maaf eh by..nanti bila dah delivered, ai temankan okey?So,masa perjalanan pulang ke KL on the next day tu, ai  minta maaf sebab ai penat so dia tak dapat nak enjoy puas-puas kat theme park @genting highland tu..Tapi dia dengan muka tak da perasaan bercakap,"Eh tak da lah..by tak rasa ape-ape pun..Lain kali kite pergi lagi okeh". Okey, ai je terlebih emosi pikir tentang dia..haih..Semalam pun dia bercakap lagi, " Nanti sayang dah delivered, kite pergi genting lagi k?" cakap lagi..memang nampak sangat la dia nak sangat bersuka-suki disana..adehh..keciannya cinta hati ai ni..

Mummy buyong yang kepenatan dan mengantok
Walaupun rasa sangat penat malam tu, tapi still tak sampai hati nak biarkan suami jalan-jalan sorang2..Gagah gak la berjalan malam tu..hehe


After balik dari genting,kami pergi Alamanda,Putrajaya..hubby cakap bosan la asik pi shopping kat MidValley jer.. Walaupun tak tahu jalan, kitorang redah je..hahaha itu la suami ai, suka bab-bab meredah jalan ni..tapi ai kecian kat dia sebab kena drive sorang-sorang..tapi dia kate ok je..control macho ke ego nih?haih tak mau pk..hehe

MPH@Alamanda,Putrajaya
Sebenarnya nak cari buku pasal breastfeeding and tentang baby health, tapi tak da banyak pilihan disana yang menarik, so tak beli la..Tapi si hubby jumpe buku masakan untuk orang berpantang..Dia excited menilik dan menengoknya..Dia nak masak untuk ai la tuh hehe(perasan je ai). Okey, dia memang beli buku tu..Part yang paling tidak teruja bila dia cakap pasal ikan haruan..uwaaa dah la dia rajin pi mancing ikan haruan untuk ai berpantang nanti okey, ai tak mauu..tapi macamana nak cakap ni..nanti kate tak menghargai plak..??!!@^#*!

By @ BigApple Alamanda,Putrjaya
Pas dah jalan-jalan tu kami berhenti minum di Big Apple..Si hubby macam biasa dengan flavor coklat dia..Memang pantang betul dia dengan coklat..suka benornya..Dia anytime boleh makan coklat,kalau ai ada musim makan coklat hehe..

Then kami pergi cari barang-barang baby..Owh memang ai dan dia sungguh excited memilih baju..Tapi ai nampak, suami lagi sangat3 excited..dia sibuk memilih..Tak habis-habis nak rompers..Wifey dia berkerut je muka tengok hubby pilih baju..Terpikir, kalau la suami shopping baju wifey se'excited camni kan bagus..heavennya ai rasa..hehe

Lepas shopping, kami pi midvalley plak..Incik Suami suka nak makan teppanyaki!Owh ai pun suka jugak..Dinner yang sangat besh..Ai luv u hubby..

Besday yang paling menarik bersama suami..Terima kasih suamiku..Love you forever..

Friday, May 11, 2012

Cinta Kita

Salam..
Salam Sejahtera..

Owh mr.hubby...I love love love You so much...lots of love..full of love..



Thursday, May 10, 2012

Rasa mahu shopping!!

Salam..
Salam sejahtera..

Sebenarnya ada sedikit vit M dalam diri jadi tidak la meng'update' blog..

Emm lately ai asik rasa macam nak pergi shopping jer..rasa teruja nak shopping sangat3 tapi tak kesampaian sebab bila nak pergi ke Mid Valley jer, mula rasa penat,mengantuk dan rasa serba tak kena..dalam hati punya la eksaited..nak beli itu nak beli ini..walaupun pulusnye sekda la banyak pun..tapi nak gak shopping...arghhhh macam addicted jer............nak shoppingggggggggggggggggggg...huh!sungguh eksaited tapi tak dapat jugakkkk..


Vit M = vitamin Malas

Wednesday, May 2, 2012

Hari Pekerja 2012

For those yang berkerja, selamat bercuti & Happy  Labour Day ye semalam..hehe maaf la kerana dah lepas cuti baru wish hehe..maybe this year jadi terakhir bagi ai untuk celeb hari pekerja..mana tau pasni jadi surirumah sepenuh masa hehe..(ada niat la tu xmau keje dah..hahaha tapi kecian pula kat husband keje sorang-sorang..*sigh*). Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga..aminn..

Hari ini hujan sejak pagi..nyamanye suasana.Memang gelapnye seperti sudah malam..kalau dapat tido ni mesti suatu nikmat yang tak terhingga..Tetiba terasa rindu plak pada incik suami..InsyaAllah,Jumaat ni kami berjumpa..Kalau dia tak kena kerja pada Sabtunya la.."owh rasa cinta"

2nd May 2012 adalah besday kak Intan yang ke 3 dan 3..hee.. So lunch we all pergi celeb kat Secret Recipe KL Sentral..Happy Besday to You Kak! Picture kek, xdapat la upload.hehehe


Zila, K.Nani,Ary,K.Haz, me, Azly and K.Intan




Ketika gambar diatas diambil..ai pregnant 6 bulan sudah..perut besar tak?hehe tapi masa ni asik terasa movement si manja jer..lapo dah kot..

Hujan lagi..bagaimana nak balik ni..?