Stay with you darl!

Thursday, October 6, 2011

Kebahagiaan

Bila sebut bahagia,senyuman manis mesti terukir..bila sedang berusaha untuk bahagia, senyuman kelat dan terpaksa yang terukir..rupa-rupanya nak bahagia bukan senang..yang kelat,yang pahit,yang masam mahupun apa rasanya, harus ditelan seperti makan gula..

Dalam rumahtangga..

Apabila berkahwin, isteri menyandarkan banyak harapan pada suami tercinta.Sebahagian yang isteri ada,mereka tinggalkan.Jiwa dan raga akan diserahkan hanya pada suami hingga akhir hayatnya..

Ada yang bernasib baik, mendapat suami bertanggungjawab memenuhi segala keperluan. Yang dulu dari keluarga miskin, kini cukup semuanya. Dulu berada, kini melimpah ruah rezekinya seperti juga kasih sayang yang diperoleh.

Tetapi ramai juga yang tidak bernasib baik, mendapat suami indah khabar daripada rupa. Yang dulu pelbagai kata-kata manis dan janji ditaburkan,sekarang sumpah sial dilontarkan pada isteri yang sanggup berkorban dan bersusah payah memastikan suami cukup segalanya..suami hanya tahu menghargai kawan-kawan mereka lebih dari isteri sendiri..priority isteri adalah yang terakhir..

Dan of course ada juga suami yang tak reti-reti layan isteri. Walaupun berbuih mulut berleter, suami tak endah untuk memahami perasaan dan hak isteri. Suami mampu buat tak tahu untuk menghargai isteri..
Semakin lama usia perkahwinan bukan makin memahami tetapi semakin pentingkan keperluan diri sendiri. Sedangkan apa yang isteri harapkan bukanlah hal yang luar biasa dan besar. Cuma hal-hal kecil tetapi membawa makna besar. Jika mahu disenaraikan hal-hal kecil yang menjadi rintihan hati isteri, tentulah begitu banyak..

1 comment:

  1. em..betul nisa..sekecik2 hal tu kadang2 punya makna yg sangat benar.tapi suami/lelaki selalu jarang alert benda ni..selama mana pun kawin kadang xmenentukan kebahagian.tatap perlu saling kenal&memahami satu dengan lain,,
    semoga rumahtangga kita sentiasa dipenuhi dengan sakinah,mawaddah & rahmah

    ReplyDelete