Stay with you darl!

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, February 18, 2018

Tinta duka

Keheningan malam..
Kemalapan malam..
Aku masih nampak;
Sekujur badan, di campak-

Tangisan itu semakin jelas..
Aku sedih..
Bicara tiada..
Ku rangkul sekujur badan itu..
Moga hilang tangisannya..
Maafkanlah wahai sayangku..

Tika itu,sanggupnya kau..
Di mana nilai kemanusiaan?
Moga sedar kesilapan-

Moga aku terus tabah..
Bukan untuk kau;tuk anugerah kita.

#coretanseorangmummy

Thursday, November 13, 2014

Lelaki jahat

Aku tak jumpa lagi laki yg baik.
Aku dah tak nak kena tipu.
Tapi hari2 aku ditipu oleh lelaki jahat.
Ya Allah. .itu siapakah?

Dia Curang lg

Aku nangis.
Aku bodoh.

Sunday, November 9, 2014

Hujung minggu

Salam. .
Salam sejahtera. .

Bila hujung minggu..duduk rumah saja..memang mengundang kemurungan..kebosanan..kemalasan..emm apa nak buat bila driver kena kerja..nak berjalan sorang tu memang best tapi last week dah minta duit nak shopping..takkan nak minta lagi...
Tapi..memang bosan..
Walaupun kat rumah banyak je keje..tapi nak jalan-jalan jugak.
Sudahnya..tengah type..rasa mengantuk sangat. .ok..macam kena tido je nih..dah la malam ni drebar balik lewat malam..

Emmm..tido.la.

Monday, November 3, 2014

Tak sedar diri

Ada orang tu kata kita bodoh sebab tak kunci pintu.
Tapi kita kunci pintu.
Jadi orang tu la yang bodoh.
Dah la bodoh.jahat pula.kurang ajar lagi.. (mak bapak tak ajar ler tu a.k.a perangai sama je macam mak bapaknya.)
Paling hebat penipu yang bodoh.selalu kantoi..

Sekian laporan hari ini

Saturday, November 1, 2014

Lonely?

Salam. .
Salam sejahtera. .

Yes..I am..lonely..
Cry?
No more tears..

Dalam sujud padaMu yang satu..
Sebak..
Can't breath..

Bawa daku pergi.

Friday, October 31, 2014

Isteri orang lain

Salam..
Salam sejahtera..

Bila orang yang kita sayang aka suami puji isteri orang lain..
Yang dia pn xkenal sangat si isteri tu tapi memuji tapi tidak aku walaupun aku dah buat semuanya.
Aku sedih.
Aku nangis.
Tikar sejadah ini jadi teman suka dan duka ini.
Saat ini..rasa terluka..
Allah..biarkan hati aku pergi nanti.

Hatiku remuk sebab dia.

Thursday, October 23, 2014

Rindu

Salam. .
Salam sejahtera. .

Ya Allah rindunya...
HambaMu yang lalai...
Rindu...
Rindu Ya Allah...

Bila bergembira dengan orang sekeliling..
Hati kecut..rindu..
Rasa rindu ya Allah..

Pejam mata...
Nikmat ini.aku bersyukur..

Rindu yang tiada hujungnya...

Wednesday, September 24, 2014

Salah kamikah

Salam..
Salam sejahtera..

Salah kamikah?
Penat disebab urusan kerja di luar negeri?
Salah kamikah?
Dia,anugerah Allah..hanya inginkan perhatian tapi...
Salah kamikah?

Apa salah dia,anugerah Allah ini?
Mungkin dia masih tak mengerti realiti hidup bagaimana. .tapi tolong jangan buat dia menangis-
Berbaloikah pengajaran itu?

Manusia tak pandai menghargai..
rasanya..
Ada jalan yang kami nampak..

- Allah Maha Adil; Allah Maha Penyayang

Monday, September 22, 2014

Bila dia outstation

Salam. .
Salam sejahtera. .

Oh..serba tak kena dibuatnya..
Tak..boleh dia jauh..
Kenapa macam ni rasanya..
Tolong..bawa dia balik sini..

Huh..padahal esok dia pulang sini..
Dugaan sekecil ini ai sudah terasa..
Bagaimana..nanti..
Ya Allah..biarkan kami bersama-sama..hidup dan mati..

Cepat pulang buah hati..kami rindu sudah!

Wednesday, September 3, 2014

Duka Seorang Mommy

Salam..
Salam sejahtera..

Seorang mommy/ibu/ummi/emak..bila anak derita atau sakit atau dalam condition yang tidak bagus di mata mommynya..berdukalah mommy..
Tidak redha?bukan..tapi kerana kasih sayang seorang mommy itu ikhlas..

Mendengar cerita orang lain..pun turut membuat hati seorang mommy tersentuh..

Alhamdulillah. .
Berpeluang menjadi mommy kepada anak yang sihat..
Alhamdulillah. .

Wednesday, December 11, 2013

Hati bukan milik sesiapa..?

Salam..
Salam sejahtera..

Hati..
Tak paham sungguh hati..
Apa mahu mu hati..
Bertahan la hati..
Bersabar la hati..

Pendamkan kedukaan itu dalam dalam dalam hati..
Biarkan dia melukaimu..
Biarkan dia bermulut sampah..
Hati..yakinlah Tuhan itu ada..

Hati..
Berteman la dengar air mata..
Agar kau tidak kesunyian..
Agar terubat lukamu..
Hati..maafkan aku.

Tuesday, November 12, 2013

Wanita mudah maafkn

Salam..
Salam sejahtera..

Tengok...berkali-kali disakiti senang plak nak memaafkan..adeh..

Memang wanita begitu ker?
Cepat kecewa
Cepat memaafkan
Perlukah seorang wanita bersifat begini.

Emm...adakah:Memaafkan bukan bermakna bersama lagi; memaafkan untuk memberi satu langkah kepada diri sendiri untuk terus memberi kehidupan kepada anugerah terbaik teristimewa..

Kerana wanita.

Kecewa hati

Salam.
Salam sejahtera..

Kecewa hati ini mengatasi sayang mengunung padanya..
Seringkali hati ini dibuat seperti toy yang mahu,dimain;tak mahu,campak;baling; hina;

Benarkah hati ini betul2 bertekad untuk teruskan hidup tanpanya?

Sunday, November 10, 2013

Hakikat hidup

Bercakap dalam hati,diri ini memang sgt berani..nah termakbul keinginan hati,tak dapat pula nak menerima...itukah hakikat hidup?
Mahu..sudah dapat kemudian tidak mahu pula..

Ntah.

Saturday, May 11, 2013

Perlukah benci?syg itu masih ada.

Sejak akhir-akhir ini rasa seperti tiada kemanisan lagi..
Adakah kerana sudah benci?
Adakah tiada keikhlasan dan kejujuran dalam perhubungan?
Atau kerana aku perempuan tidak berharta?
Atau juga kerana aku banyak kelemahan?

Pernah juga diam membisu namun tiada pula dia bertanya kenapa..
Pernah juga hati terluka dengan kata-katanya namun tiada pula dia meminta maaf..
Pernah juga bertanya namun tiada pula dia menjawab dengan jujur..

Keterlaluankah dia atau aku?
Ya..Aku juga yang bersalah akhirnya...
Kerana aku perempuan..
Dan kerana aku masih sayang dia..

--------------•••••••••••••••---------------

Huhuhu terjiwang melayan perasaan ketika melihat si manja beradu..1/2 katil adalah milik dia..hehehe ai sangat suka tgk dia tido..Cahaya mata yang sangat ai sayang..sayang yang telah penuh dalam seluruh ruang dalam hati..Mommy♥u son,Irfan Mifzal

Monday, June 18, 2012

Perah limau kasturi

Pernah tak rasa macam buah limau kasturi yang di perah hingga kecut?Macam itu la rasanya dari semalam hingga saat ini..

Pagi tadi,nak pergi kerja seperti biasa naik teksi la...Sejak pregnant, ai jadi orang yang kaya naik teksi..Perabih tang tambang teksi ja..Masa on the way ke pejabat tu, pakcik drebar teksi start perbualan:

Pakcik teksi : Berapa bulan dah tu?
Ai : Dah 7 bulan lebih dah..(Dengan senyuman di muka comot)
Pakcik teksi : Owh..anak ke berapa ni?
Ai : Yang pertama..
Pakcik teksi : Owh..Apa amalan yang dibuat?
Ai : Em..amalan?Ngaji cam biasa je..(Sambil senyum lagi..)
Pakcik teksi : Ada buat puasa sunat?
Ai : Emm..tak da..
Pakcik teksi : Solat sunat waktu malam?
Ai : Tak da juga..
Pakcik teksi : Buatla..itu nanti itu berikan kekuatan..Kita percaya pada Allah..Allah tunjukkan kekuasaanNya pada kita..Allah balas kesenangan kepada kita..

Ai hanya tersenyum mendengar..Kebetulan sampai dah pejabat..
Banyak yang bermain di fikiran ketika itu..Sehingga masuk ofis, ada plak production isu..
Lupa sekejap tentang perbualan dengan pakcik teksi tadi..
Terima kasih pakcik kerana peringatkan saya..

Kes: Rasa macam kurang kasih sayang dari suami ='(

Friday, June 15, 2012

Masih rasa nak shopping

Salam..
Salam sejahtera..

Haaa perasaan nak shopping datang balikkkkkkk...
Nak beli:
1 - Perfume
2 - Baju cantikkkk
3 - T-shirt tuk incik suami lagi..(Tak kire la dia cakap baju dia dah sangat banyak..Biarlah ni la kelebihan dapat isteri kaki shopping walaupun bukan orang khaya pung hehe)
 4 - Macam nak beli 1 shopping kompleks jer..

Kenapa la orang perempuan ni suka sangat shopping..Dalam hati ada niat nak beli barang-barang untuk masuk baru nanti..Tapi bayang rumah pun tak nampak lagi..Nak beli ape..Dah bagi hint kat suami nak katil camna, almari camna, air-cond brand apa, cat bilik warna apa, peti ais besar mana,washer machine auto dan sebagainya..Hahaha hengat suami hang cop duitkah?Cian dia..Tapi kena bagitahu awal-awal, nanti dia sendiri plan camne..Berangan je lebih bini dia ni..Adeh!

Nak shopping nak ada suami disisi juga..Kalau pi sendiri, duit sendiri..Hehe ai berkire duit dengan suami okey..Hee bukan ape..Sekarang ni yang ada, ai mahu simpan sampai berkepuk-kepuk dalam bank untuk kegunaan masa-masa kritikal..Pasni tak tahu lagi ai keje mana,keje apa,gaji pun ntah berapa..Kerja dengan suami,dapat gaji 1k sebulan pun ok jugak hahahaha..Bleh main kutu lagi..Kali ni main kutu dengan amount yang kecil..Boleh la dari tak ada langsung..Simpan untuk diri sendiri shopping!Yeayy!

Anak mummy jangan kaki shopping macam mummy okey..Hehe tapi jangan cam daddy jugak..Jarang membeli barang, sekali beli barang rege beribu-ribu k..Mummy tengok sayang je duit sebanyak tu dapat 1 barang je..Makan dalam betul..Haha

Mode:Shopping online pun bleh jugak!

Tuesday, June 12, 2012

Dalam hati

Salam..
Salam sejahtera..

Dalam hati mahu suami datang KL malam ni..
if ( Suami = "datang KL")
{
      echo "Pi scan baby esok";
}
else
{
     echo " Tak pi scan esok!";
     echo " Boleh ke tak pergi scan esok?";
     if ( Jawapan = "Ya")
     {     echo " Memang sah tak pi scan..";     }
     elseif ( Jawapan = "Tidak")
     {     echo " Kena pergi klinik sorang-sorang la...";   }
     else
     {     echo " Tak mahu intai baby andakah?";    }
}

Dalam hati ada segumpal keinginan makan sambal udang ibu..
Dalam hati semua ada..

Hati owh hati..

Monday, June 4, 2012

Weekend yang xcukup masa

Salam..
Salam sejahtera..

Owh weekend yang sungguh tak cukup masa..Last minute tukar plan..Jumaat malam tu, husband call..
By : Mak tanya, dah lama tak balik Muar,tak nak balik ke? Moksu ade buat kenduri baca Yassin perempuan hari Ahad..
Ai : Eh hari Ahad kan kenduri kawan Nisa kat kampung..Kan dah cakap kita nak pergi hari tu..Lagipun ibu nak ajak pi kenduri kawin kawan ibu yang datang masa kenduri kita.Kawan ibu tu anak tunggal plak,jadi mesti kena datang..
By : Haah la By lupa la yang..(Okey,dalam hati memang dah agak dia lupa..)
Ai : Emm....
By : Okey tak pa,tak payah pening-pening pikir..ok.
Ai : Ok.. (letak phone)
Beberapa minit kemudian, suami call balik, dia cakap dia ada idea..Malam ni kita tido rumah mak, esok pagi kita gerak pergi Muar. Malam Sabtu kita balik Melaka tido rumah ibu plak..Huh!itu yang dia nak cakap..Ok ai agree je sebab malas nak pikir dan bukan ai yang drive.

Sabtu
Sangat letih betul!Bila sampai Muar, pi kedai asam pedas Pak Long dulu..Ingat nak makan di situ tapi kedai nak tutup awal nak pi kenduri katanya..So tak jadi makan situ,plan nak pi makan asam pedas Cik Shitah yang mana rumahnya belakang rumah nenek saja..Cik Shitah tak de jugak pi kenduri..Jadi kami cari kedai makan lain.Tak dapat makan asam pedas.(Bukan mengidam ok). Pas makan pi rumah nenek.Suami plan petang baru pergi rumah Pak Ngah..Tapi semua tak da sebab semua pi kenduri!Ok musim cuti sekolah ni memang banyak betul kenduri..Sesi melawat keluarga belah MIL sampai jam 11lebih malam..Jawabnya esok pagi la baru balik Melaka..(Ini pun memang dah agak dah dari awal..Suami,ai dah masak dengan u untuk perkara ini..)

Ahad
Sebelum pi kenduri,kat rumah ibu pekena rendang ibu dulu..Huh memang nak makan sangat dari hari Jumaat tau..Memang sedap la ibu punye rendang..Terbaek..Pas sesi pi kenduri kawin,ibu cakap nak pi Sagil,mandi air terjun..Tapi bila dah sampai kat rumah nenek, cancel nak pi Sagil sebab dah lewat,dah kul 4lebih dah..Ok, lepak jap rehat rumah nenek. Pekena ABC..Mmmh memang nikmat..Pastu pi minum air kelapa muda..Haa memang ketat la perut..Masa suami nak tebuk kelapa muda nak kasi ai minum,terpancut air kelapa tu..Terus nenek dan ibu kata, "Haa memang sah anak teruna la tu..hahaha" Hehehe tak terkata ape la..Maghrib tu baru balik rumah ibu...Letih!Pagi senin baru kami gerak balik KL dan dia balik Anson Bay..

Tapi weekend aritu sangat besh sebab suami ada menemani ketika tak leh tido!Terima kasih suami..Sepanjang dalam kereta asik tanya suami je, "Sayang tak?"

Hati berbunga-bunga..