Stay with you darl!

Saturday, January 15, 2022

Duka ini..

 Salam..

Diari 2022 basah dgn air mata seperti tahun sebelum...11thn pertahankan satu ikatan. Biar terluka biar berdarah biar terhina biar bermuka tembok..aku masih di sini. Entah apa aku fikirkan.. Di halau,masih tidak pergi. Siapakah aku di mata seorang suami? Siapakah aku di mata seorang anak yang membuat cerita sesuatu yang tidak aku buat? Lalu seorang suami percaya? Apa nilai aku ?

Aku terlalu bodoh seperti dakwaan suami. Benar mungkin,bodoh tidak bertepi. 

Apa yang aku mahu?tidakkah aku ada impian? Tidakkah aku ada harga diri? Tidakkah aku ada Allah? Sayang aku sayang tidak bertempat.

Pantang ke empat. Dia doakan aku mati.. dia marah sebab aku beban,menyemak! Sering terngiang² di telinga sehingga saat ini. Maaf aku beban pada suami. Maaf. Maaf.

Maaf sebab tak mati seperti yg didoakan.. Maaf sebab aku masih hidup menjadi beban.. maaf sebab tak gugurkan anak ke 4 kita ni. Maaf kami beban.

Kali ini aku dpt gelaran "babi" "anjing". Sehina ini aku padanya.

Terima kasih..permulaan tahun baru yang sangat tak dapat aku lupakan..

Hati tolong kuat untuk lepaskan seorang suami yang dah tak mahu seorang isteri seperti aku. Tolong kuat demi Inara,Irene dan Idraki.. Tolong sedar diri.. Tolong...

1 comment: