Stay with you darl!

Tuesday, May 22, 2012

27 minggu hamil

Salam..
Salam sejahtera..

Now anak mummy dah 27 minggu..Semoga anak mummy sihat dan okey dalam peyut mummy yang agak besor ni(heee  besor ke?hehe) Tapi anak mummy memang very the aktif la..Rasa macam perut  mummy macam dikorek-korek, dirobek-robek, dan digaru-garu jer..Tapi mummy suka bila baby bergerak-gerak..Daddy of course lagi suka..Kadang-kadang tengah tido, daddy akan letak tapak tangan kat perut mummy..Owh mummy suka part ni hehe..Lots of love..Sayang, mummy & daddy dengan sabar menunggu kamu.

Kul 3 petang tadi, klinik tempat check up tu call, cakap esok pi scan kul 10pagi.Hah?! Baru ade orang nak call ker?kenapa esok je tak bagitahu..kenapa hari ini?Eiishh aduhai depa ni..Ingat ai ni macam superman ke leh terbang ke sana sini, cuti sesuka hati..haih..Terpaksa suh incik hubby datang esok..Kecian kat hubby sebenarnya..Tapi mahu dia disisi juga..Mula-mula cakap, xpe la naik teksi tapi ni pi scan ni..Hehe takkan la daddy tak mau tengok saat ni kan..Daddy pun decide, dia datang KL..Owh sangat suka la ai..Dah la, last weekend cadang nak pi scan..Kunon-kunon nak tahu jantina baby..Tapi bila sampai ke klinik, klinik tutup..Pi tempat lain, doktor tak ada plak..2 3 klinik kami pi tapi semua tak da..Surprise betul jantina anak mummy & daddy ni..So esok,InsyaAllah kalau baby tak tutup-tutup tut, dapat la tahu jantina si manja nih..Wah so excited mummy dia...

Tak sabar nak tunggu hari esok..
Melihat keadaan si manja yang berada dalam peyut ni..Lots of love..

Friday, May 18, 2012

Persembahan kejutan

Salam..
Salam Sejahtera..
 
Persembahan kejutan Awal Ashaari untuk Scha Al Yahya on their wedding..
Owh Awal memang so suwit...Semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat..InsyaAllah..Amin..




Teringat masa sehari selepas hari majlis perkawinan kami..masa tu kenduri belah suami adik,kat Merlimau, 27 Nov 2011..Tetiba suami nak menyanyikan sebuah lagu di majlis tu dengan ucapan untuk isteri tersayang..Wahh malu ai time tu..Semua orang tengok ke arah ai okey..Lagu Cinta Kristal..Nasib la suara suami boleh tahan hahaha!Tapi masa tu rasa jatuh cinta lagi pada dia..Sangat! Kemudian mungkin disaat tu Allah mengurniakan kami anugerah yang sangat istimewa..InsyaAllah kami bertemu anugerah itu on mid August 2012..Alhamdulillah..Allah Maha Mengetahui segalanya..

Thursday, May 17, 2012

Birthday 2012

Salam..
Salam sejahtera..

Alhamdulillah..14052012 genap umur 27yo..Wahhh figure makin besar rupanye..hehe namun masih terasa diri ni masih 25yo ok..setiap tahun rasa umur masih 25..sampaikan masa last year, bila orang tanya umur berapa,confident jawab 25..hehe..Ntah kenapa rasa umur masih tetap 25..ada apakah pada umur ini?..tapi hakikatnya sekarang dah 27 walaupun nak perasan umur masih 25 (xsedor diri hihihi)

Terima kasih pada family,sahabatku,kawan-kawan,rakan-rakan di opis & semua yang wish on my besday..Thank you so much..lup u ols..

Emm paling best bila suami buat surprise..konon-konon nak buat surprise la tapi wifey dia dah tahu plan dia haha..

Bear on besday
Dapat teddy bear dari hubby..walaupun tidak la sebesar almari baju..but i loike..owh lots of love

Hadiah istimewa dari yang teristimewa
Anklet pemberian cinta hati dan buku-buku tersebut di hadiahkan oleh kak Yati & dan kak Siti dari branch network..Terima kasih kak untuk besday goodie bag!
 
By @ Genting sambil makan eskem..
Kami pergi ke Genting Highlands..ai tahu hubby nak pi theme park tu tapi bagaimana ai mahu teman dia dengan peyut yang canggini..?maaf eh by..nanti bila dah delivered, ai temankan okey?So,masa perjalanan pulang ke KL on the next day tu, ai  minta maaf sebab ai penat so dia tak dapat nak enjoy puas-puas kat theme park @genting highland tu..Tapi dia dengan muka tak da perasaan bercakap,"Eh tak da lah..by tak rasa ape-ape pun..Lain kali kite pergi lagi okeh". Okey, ai je terlebih emosi pikir tentang dia..haih..Semalam pun dia bercakap lagi, " Nanti sayang dah delivered, kite pergi genting lagi k?" cakap lagi..memang nampak sangat la dia nak sangat bersuka-suki disana..adehh..keciannya cinta hati ai ni..

Mummy buyong yang kepenatan dan mengantok
Walaupun rasa sangat penat malam tu, tapi still tak sampai hati nak biarkan suami jalan-jalan sorang2..Gagah gak la berjalan malam tu..hehe


After balik dari genting,kami pergi Alamanda,Putrajaya..hubby cakap bosan la asik pi shopping kat MidValley jer.. Walaupun tak tahu jalan, kitorang redah je..hahaha itu la suami ai, suka bab-bab meredah jalan ni..tapi ai kecian kat dia sebab kena drive sorang-sorang..tapi dia kate ok je..control macho ke ego nih?haih tak mau pk..hehe

MPH@Alamanda,Putrajaya
Sebenarnya nak cari buku pasal breastfeeding and tentang baby health, tapi tak da banyak pilihan disana yang menarik, so tak beli la..Tapi si hubby jumpe buku masakan untuk orang berpantang..Dia excited menilik dan menengoknya..Dia nak masak untuk ai la tuh hehe(perasan je ai). Okey, dia memang beli buku tu..Part yang paling tidak teruja bila dia cakap pasal ikan haruan..uwaaa dah la dia rajin pi mancing ikan haruan untuk ai berpantang nanti okey, ai tak mauu..tapi macamana nak cakap ni..nanti kate tak menghargai plak..??!!@^#*!

By @ BigApple Alamanda,Putrjaya
Pas dah jalan-jalan tu kami berhenti minum di Big Apple..Si hubby macam biasa dengan flavor coklat dia..Memang pantang betul dia dengan coklat..suka benornya..Dia anytime boleh makan coklat,kalau ai ada musim makan coklat hehe..

Then kami pergi cari barang-barang baby..Owh memang ai dan dia sungguh excited memilih baju..Tapi ai nampak, suami lagi sangat3 excited..dia sibuk memilih..Tak habis-habis nak rompers..Wifey dia berkerut je muka tengok hubby pilih baju..Terpikir, kalau la suami shopping baju wifey se'excited camni kan bagus..heavennya ai rasa..hehe

Lepas shopping, kami pi midvalley plak..Incik Suami suka nak makan teppanyaki!Owh ai pun suka jugak..Dinner yang sangat besh..Ai luv u hubby..

Besday yang paling menarik bersama suami..Terima kasih suamiku..Love you forever..

Friday, May 11, 2012

Cinta Kita

Salam..
Salam Sejahtera..

Owh mr.hubby...I love love love You so much...lots of love..full of love..



Thursday, May 10, 2012

Rasa mahu shopping!!

Salam..
Salam sejahtera..

Sebenarnya ada sedikit vit M dalam diri jadi tidak la meng'update' blog..

Emm lately ai asik rasa macam nak pergi shopping jer..rasa teruja nak shopping sangat3 tapi tak kesampaian sebab bila nak pergi ke Mid Valley jer, mula rasa penat,mengantuk dan rasa serba tak kena..dalam hati punya la eksaited..nak beli itu nak beli ini..walaupun pulusnye sekda la banyak pun..tapi nak gak shopping...arghhhh macam addicted jer............nak shoppingggggggggggggggggggg...huh!sungguh eksaited tapi tak dapat jugakkkk..


Vit M = vitamin Malas

Wednesday, May 2, 2012

Hari Pekerja 2012

For those yang berkerja, selamat bercuti & Happy  Labour Day ye semalam..hehe maaf la kerana dah lepas cuti baru wish hehe..maybe this year jadi terakhir bagi ai untuk celeb hari pekerja..mana tau pasni jadi surirumah sepenuh masa hehe..(ada niat la tu xmau keje dah..hahaha tapi kecian pula kat husband keje sorang-sorang..*sigh*). Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga..aminn..

Hari ini hujan sejak pagi..nyamanye suasana.Memang gelapnye seperti sudah malam..kalau dapat tido ni mesti suatu nikmat yang tak terhingga..Tetiba terasa rindu plak pada incik suami..InsyaAllah,Jumaat ni kami berjumpa..Kalau dia tak kena kerja pada Sabtunya la.."owh rasa cinta"

2nd May 2012 adalah besday kak Intan yang ke 3 dan 3..hee.. So lunch we all pergi celeb kat Secret Recipe KL Sentral..Happy Besday to You Kak! Picture kek, xdapat la upload.hehehe


Zila, K.Nani,Ary,K.Haz, me, Azly and K.Intan




Ketika gambar diatas diambil..ai pregnant 6 bulan sudah..perut besar tak?hehe tapi masa ni asik terasa movement si manja jer..lapo dah kot..

Hujan lagi..bagaimana nak balik ni..?