Stay with you darl!

Monday, April 16, 2012

Week 22

Salam

Hari ini pergi kerja pakai baju kurung..Sebab dah tak da baju dah nak rotate pakai pergi kerja.Last week,ada colleague kat opis tegur,pakai la baju besar sikit..tengok perut ai sudah membesar..huh!suka hati la..itu je baju yang ade..So decide pakai baju kurung yang agak besar..tapi ia membuatkan perut begitu tidak selesa kerana kain baju ketatt..uwaaaa..nyesal plak pakai baju kurung ini..tapi tak mahu kena tegur lagi dengan mamat yang mulutnya tidak berinsurans tuh..Terpaksa melonggarkan kain sehingga perut selesa..nak berjalan pun cover-cover jer..Lain hari tak mahu pakai baju kurung lagi until baby dh delivered.

Yeay!Esok Selasa & Rabu!Khamis malam balik kampung!Owh nak kena menapak ke BTS plak..Hukhuk perjalanan yang sangat melecehkan untuk ke sana tapi sebab nak balik kampung jugak sanggup jer meredah semua itu..Si buah hati duk risau isteri nak balik kampung naik bus..huhu..siap tanya,"Tak boleh tunggu by ker?" dengan spontan diri menjawab,"Tak boleh.Terlalu lambat Jumaat malam." Hehe memang ai nak balik kampung sebab adik yang belajar kat Kelantan tu balik!Lama sudah tidak berjumpa..Last jumpa masa CNY..lama kan..sekarang dah April..kalau nak tunggu dianya next cuti adalah raya nanti!Lambat lagi..Berharap dapat kumpul semua adik beradik..Tapi masalahnya adik teruna tu giler keje!Katenya tak tahu la jadi balik ke tidak..Payah betol.Kan besh kalau semua ada...*happy family*

Mujur weekend hari itu sempat mengemas bilik cuma tak sempat membasuh baju jer..hehe(alasan..padahal sempat jer). Hari Ahad pergi melawat kawan di Kajang..Sejak beliau bersalin, ai tidak pun menjengah beliau..Kali ni dapat jugak!Sungguh comel puteri beliau..Fatihah Izzati namanya..Hari ni adalah birthdaynya..Semoga Fatihah menjadi anak yang solehah!


No comments:

Post a Comment