Stay with you darl!

Wednesday, May 30, 2012

Seindah Cuti Sekolah

Salam..
Salam sejahtera..

Bila musim cuti sekolah..mesti staff akan berkurangan..Ibu bapa turut bercuti sekolah sama untuk membawa anak-anak pergi jalan-jalan..Kalau tidak mesti anak-anak mereka komplen kate tak pergi mana-mana pun cuti sekolah ni..Haih budak zaman sekarang memang sungguh pandai..Zaman kita dulu, redha je, kalau parents bawa pi jalan, pi la..Kalau tidak duduk saja dirumah tonton tv..Kan banyak cite katon..Opis memang lengang la..Kadang-kadang suasana macam ni best jugak..Namun ada gak parents yang tak amik langsung cuti masa cuti sekolah..Memang parents yang workaholic la tuh or mereka malas nak meredah jem dan sesak-sesak..

Teringat adik-adik di kampung..Mereka pun sedang bercuti sekolah sekarang..Tapi ibu terpaksa berkerja dan tak dapat mengambil cuti kerana kat office tak ada orang yang akan menggantikannya..Kecian Danial dan Adam..Ai teringin sangat hadiahkan ibu dan adik-adik percutian yang sangat best untuk mereka tapi ai masih tak dapat berbuat demikian..Sering survey package percutian untuk mereka..Biar ibu dan adik-adik dapat enjoy,berehat,mencuci mata dan adik-adik dapat pengalaman yang baru..Bila nanti ade rezeki, ai pastikan mereka pergi bercuti tempat yang best sikit naek flight ke..Walaupun rasanya adik-adik tak heran pun nak naik flight(mereka siap dah naik biz class lagi.kakak dia pun tak pernah okey). InsyaAllah akan ai usahakan semua ni..

Ada juga cuti sekolah ai yang best dulu..Rezeki ibu baik, bawa kami pergi bercuti-cuti ke Cherating,Langkawi,Pangkor..Itu ketika ai masih sekolah rendah..Seronok!Walaupun tak semua memori ada dalam kepala nih.Terima kasih ibu..Sebab adanya percutian tu ai boleh buat karangan bahasa melayu bila cikgu bagi tajuk, "Aktiviti Cuti Sekolah" . Sure bosan buat karangan tu kan..hehe

Ada orang tanya ai. " Tak cuti sekolah ke,bawa anak jalan-jalan?"..Ok ai pening..Anak belum daftar skool lagi la.....

No comments:

Post a Comment