Stay with you darl!

Thursday, May 24, 2012

Tak dapat 'UMAR'

Salam..
Salam sejahtera..

Masa awal-awal dapat pregnant dulu, ai ade bermimpi..Melahirkan anak lelaki lalu diberi nama "Idrus Umar"..Terus bercerita pada suami, ibu dan sahabat-sahabat rapat..Suami suka dengan nama itu..Hehe masa tu terpikir, ai pregnantkan baby boy ke ni..Kalau pregnant baby boy, insyaAllah akan namakan beliau dengan nama "Muhammad Idrus Umar" atau nama lain "Muhammad Irfan Umar..emm.....Tapi ai paling suka nama Umar itu..Berharap bakal anak-anak teruna ai nanti ada Umar pada setiap nama..(uishh anak-anak ok..means insyaAllah, ade rezeki, mahu anak lebih dari 1, 2, 3 , 4..InsyaAllah,Allah penentu segalanya..)

Tetiba malam tadi suami bercerita tentang baby.. Dia cakap mak mertua tanya nak bagi nama apa ke baby..(emm dalam hati,mesti dia bercerita dengan mak pi scan semalam nampak baby boy..) Pastu suami kate nak namakan Umar..Then suami kata mak tak berapa nak setuju nama tu..Sebab ade kesah hitam family mertua di sebalik nama itu..Emm..Okey ai rasa sedikit frust tapi tak boleh pentingkan diri sendiri..Dah dua nama yang ai tak dapat..Satu Yusof lagi satu Umar..Yusuf tu sebab nama FIL(father in law) Yusof..Nak kena cari semula nama-nama untuk putera kami yang bakal lahir..Diri sendiri punya la tidak berkenan dengan nama yang lain..Walaupun selepas ni, ai dan suami akan kumpulkan nama-nama dan kami akan pilih nama yang kami berkenan..Cedih jugak rasa...Seperti sahabat ai, dia merahsiakan nama anak dia dari semua orang hingga kelahiran si baby..Ai rasa bagus jika begitu..So ai pun ber'sms' dengan suami pesan, selepas ni nama bakal anak-anak kita adalah rahsia..sehingga dah siap mykid..hahaha so tak da la nak rasa kecewa macam ni lagi kan..Haihh tak tahu la kenapa terlampau rasa frust tak dapat nama Umar tu..Tapi anak mummy jangan sedih-sedih okey, mummy & daddy akan cari nama yang terbaik,insyaAllah..( Puan Naema, tolong bagi idea boleh?hehe)

Sungguh fening rupanya mencari nama-nama untuk anak-anak kan..Masalah ai plak, tak da spesifik maksud nama yang diinginkan..Huruf bermula ape pun tidak kesah..Janji maksud yang baik-baik..Serasa mahu nama "FIRDAUS" tapi.......Tak mau lah..Hehe

Baby dalam peyut semakin aktif..macam setiap masa jer dia bergerak..Gerakan yang extreme kadang-kadang..Sangat ingin tahu ape yang dia buat dalam peyut tu..Ke baby nak main-main dengan mummy..Tapi waktu malam,mummy nak tido la sayang..camne eh?Sabar ye sayang, nanti mummy dah jadi housewife fulltime, kita main-main okey..

Sabar menanti kelahiran kamu...



2 comments: