Stay with you darl!

Monday, April 30, 2012

Semangat yang datang



Semalam rasa sakit hati yang amat sangat..sehingga rasa untuk buat aktiviti harian pun tak larat..baju kotor yang bertimbum-timbun hanya mampu untuk dilihat sahaja..dengan harapan baju-baju tu bergerak sendiri ke mesin basuh dan basuh baju..haihh..sayang ai tak da kuasa magic macam tu..jadi baju tetap begitu jer..Habuk, sawang yang bernmaharajalela di bilik hanya mampu ku lihat dengan tenang seolah seperti berlian yang terjuntai-juntai,berkilauan..bertuah habuk-habuk sawang-sawang itu kerana mempunyai tuan macam ai..bio la dia lama-lama kat situ..nanti hangpa dapat owner baru, belum tentu dapat merasa kan?hehehe..(sebenornya tuan bilik ini sudah tidak bermaya...)

Ntah macamana selepas main game Solitaire,selepas makan nasi goreng satu mangkuk besar (owh selera tetap ada walau hati sakit..sebab mulut tak sakit kot hehe), terus bangun pergi basuh kuali,periuk nasi,mangkuk,sudu,sudip dan sebagainya. Buka air mesin basuh.. terus kemas bilik,amik baju kotor-kotor tu campak ke dalam mesin..haaaa senang..clear semua..sejuk je mata yang memandangkan bakul baju kotor hehe..tetiba dapat semangat sampai leh buat basuhan dua round..klu ikutkan nak buat satu jer tapi sayang towel tak leh basuh campur dengan baju..huhuhu nanti baju berbulu-bulu macam towel..Haiii towelll..kenapa la sejak akhir-akhir ni ai suka tukar towel..skali basuh towel sampai 5 helai..sabor je la belalang..eh yang dua helai tu incik suami yang punya..eii kenapa ntah basuh..kalau ikut hati nak pi pos suh dia basuh sendiri..haah erk kenapa tak terpikir..haiyaaa..

Bilik dah nampak kemas,baju bersih bergantungan sudah dilipat dan disusun ditempatnya..bantal pada kedudukan sepatutnya..haa bantal..ni lagi 1 masalah ai..before pregnant ni..punya la suka tidoq dengan bantal yang banyak..laa ni klu boleh nak dua je bantal satu di kepala dan satu lagi untuk dipeluk..yang lain tak mau..jadi ai campak batal yang tidak diperlukan ketepi..termasuk la bantal bucukkk..hehehe ada lagi bantal busuk k..khas dari ibu tu.."owh along sayang ibu.." - ok tetiba jer..

Sesudah mandi,nak pi solat zohor, tengok handphone..ade 3 miskol..emm eh dia(incik suami) call la..camne eh..nak call balik ke tak..tapi masih sakit hati..camne ni..Agak-agaknya ai buat ape ek..em...biar la rahsia..hehehe

Bila time nak tido plak..si manja mummy ni mesti aktif dalam perut..kejap movement dikiri kejap dikanan, diatas dan dibawah..mummy pun jadi aktif tak dapat nak tido..sabor je la..siang-siang kurang rasa pergerakkannya..time malam-malam plak kerap terasa..ni petanda ke yang??esok-esok jangan la kamu kerap berjaga malam..hehe kasi mummy tidoq naa..baby main bola ka kat dalam tu?hehe tapi mummy suka bila kamu aktif..rasa macam nak pi scan perut,intai kamu buat ape ja..kalau la mesin scan tu murah,dah lama mummy beli 2..satu lagi nak bagi untuk mummy Tisya..hehe..Tapi mummy nak beli ni nanti...

Heart-To-Heart Prenatal Listening System
So mummy and daddy dapat mendengar heartbeat kamu sama-sama..ade 2 earphone so..mummy & daddy boleh dengar at the same time..tak payah berebut!Next month mummy nak pi scan kamu..So excited <3 <3 <3

Hari ini keje (so so so borink..opis tak da orang pun,maklum la semua orang amik kesempatan amik cuti hari ini..), esok Labour Day...Yeay!! cuti tapi 1 hari sahaja..ai nak buat ape ni..?

Sunday, April 29, 2012

Benci ke sayang?

Sepi jer rasa hidup sendiri .Terkadang rasa lebih baik tidak ada suami dlam menjalani kehidupan ini..Tidak la memgharap dia menemani diri ketika sakit,lemah,memerlukan sokongan moral,sedih,gelisah,suka dan semua perasaan yang ada..Biar diri sendiri tahu,tidak perlu berkongsi pada sesiapa melainkan diri sendiri.

Memang orang laki tidak boleh kita harapkan 100%. Menyesal ke ai mengandungkan anaknya..?Tidak pun tapi ai berharap kami dapat pergi jauh dari dia selama-lamanya.....

Ni bukan kali pertama..atau kedua ketiga....

Monday, April 16, 2012

Week 22

Salam

Hari ini pergi kerja pakai baju kurung..Sebab dah tak da baju dah nak rotate pakai pergi kerja.Last week,ada colleague kat opis tegur,pakai la baju besar sikit..tengok perut ai sudah membesar..huh!suka hati la..itu je baju yang ade..So decide pakai baju kurung yang agak besar..tapi ia membuatkan perut begitu tidak selesa kerana kain baju ketatt..uwaaaa..nyesal plak pakai baju kurung ini..tapi tak mahu kena tegur lagi dengan mamat yang mulutnya tidak berinsurans tuh..Terpaksa melonggarkan kain sehingga perut selesa..nak berjalan pun cover-cover jer..Lain hari tak mahu pakai baju kurung lagi until baby dh delivered.

Yeay!Esok Selasa & Rabu!Khamis malam balik kampung!Owh nak kena menapak ke BTS plak..Hukhuk perjalanan yang sangat melecehkan untuk ke sana tapi sebab nak balik kampung jugak sanggup jer meredah semua itu..Si buah hati duk risau isteri nak balik kampung naik bus..huhu..siap tanya,"Tak boleh tunggu by ker?" dengan spontan diri menjawab,"Tak boleh.Terlalu lambat Jumaat malam." Hehe memang ai nak balik kampung sebab adik yang belajar kat Kelantan tu balik!Lama sudah tidak berjumpa..Last jumpa masa CNY..lama kan..sekarang dah April..kalau nak tunggu dianya next cuti adalah raya nanti!Lambat lagi..Berharap dapat kumpul semua adik beradik..Tapi masalahnya adik teruna tu giler keje!Katenya tak tahu la jadi balik ke tidak..Payah betol.Kan besh kalau semua ada...*happy family*

Mujur weekend hari itu sempat mengemas bilik cuma tak sempat membasuh baju jer..hehe(alasan..padahal sempat jer). Hari Ahad pergi melawat kawan di Kajang..Sejak beliau bersalin, ai tidak pun menjengah beliau..Kali ni dapat jugak!Sungguh comel puteri beliau..Fatihah Izzati namanya..Hari ni adalah birthdaynya..Semoga Fatihah menjadi anak yang solehah!