Stay with you darl!

Friday, June 1, 2012

Kehidupan

Salam..
Salam sejahtera..

Sepanjang minggu ini, hati sungguh tidak keruan..Kenapa?Emm ntah la..Terasa betul kehidupan yang hidup..Yang real real real life..2 3kali juga dengar, kehidupan ni bukan macam dalam cerita hindustan,ceria je bahagia saja, nak apa saja semua dapat..Kehidupan yang sebenar, ada yang kita nak, kita takkan dapat dengan mudah atau pun tak dapat langsung..Ada yang kite tak terpikir atau terlintas untuk dapat, kita dapat dengan mudah.. Itu rezeki..Yang berada dalam benak otak ni ialah boleh ke meneruskan kehidupan yang sebenarnya ai inginkan sangat ia berakhir pada mula-mula ai start kerja selepas habis belajar..Kehidupan yang susah,kehidupan yang perlu pinjam duit kawan-kawan, kerana keluarga bukan la dari golongan orang yang kaya/berada..Kehidupan yang makan sekali sehari untuk memastikan duit cukup hingga cukup bulan..Untuk membantu keluarga itu sudah pasti..Tetap hulurkan walaupun sedikit..Even sebenarnya dalam hati ingin sangat pergi shopping,pergi jalan-jalan seperti kawan-kawan lain..Selepas mendapat peluang dapat tempat keje sekarang,alhamdulillah semua beransur ok..Ai dapat menikmati sedikit keselesaan @ sedikit kemewahan(haha konon-konon la mewah..). Alhamdulillah syukur sangat..

Sekarang rasanya roda kehidupan ai akan berada di bawah kembali..Ai sungguh rasa berat hati pula dengan keputusan yang ai buat..Bukan ai tidak percaya atau yakin pada Qada' dan qadar Allah swt..Hati ini tak tahu kenapa rasa bimbang datang dari mana..Bagaimana boleh timbul semua perasaan ini..??

Suami...Rasanya ai masih tak kenal dia lagi sampai sekarang..Tempat ingin meluahkan perasaan?Em mungkin tidak..Semakin cuba meluahkan semakin rasa diri dipandang rendah..Namun, hati ini masih prefer dia sentiasa disisi sahaja dari bersuara..

Ya Allah..Berikanlah kekuatan pada hambaMu ini..Rasanya sekarang amat lemah fizikal dan mental.


2 comments:

  1. be strong mummy..
    same goes to me, sometimes rasa belum cukup kenal lagi suami sendri.
    sila kuat untuk satu nyawa yang sedang kamu kendong :)
    Allah takkan uji kita lebih dari kemampuan kita,, jangan risau.
    Pasti dah diaturkan yang terbaik untukmu sedari loh mahfuz lagi.

    ReplyDelete
  2. Thank mummy Thaqif..Tak tahu nak cakap ape...=)

    ReplyDelete