Stay with you darl!

Tuesday, June 5, 2012

Nama anak pertama

Salam..
Salam sejahtera..

Kami dah duduk dan berbincang untuk nama bakal si cahaya mata kami ni..Payah rupanya nak cari nama untuk anak kan..Nama-nama yang baik sangat la banyak tapi nak dua-dua setuju dengan nama tu agak la payah..Yang ai,kalau boleh nak nama anak yang klasik+moden..Yang suami plak nak yang senang sebut dan nama yang tidak senang diejek-ejek oleh kawan nanti..Kelakar je suami pikir sampai camtu..Cerewet!Tapi yang penting nama yang dipilih membawa maksud yang baik.InsyaAllah..

"Muhammad" tu memang nama yang wajib ada..Sebab ibu cakap,nanti di akhirat orang yang nama Muhammad akan dipanggil dahulu..Harap-harap anak kami menjadi seorang soleh! Almost sebulan berbincang dalam telefon tapi tak ada kata putus..Bila f2f 2 hari juga la nak mendapat kata sepakat..Alhamdulillah..Harap semuanya berjalan lancar..

Sungguh excited mencari nama anak especially anak pertama!
Selesai untuk 1 perkara..Barang-barang baby masih tak complete lagi..Barang-barang yang perlu letak dalam kereta masih tak prepare lagi..Asik tangguh sahaja..

No comments:

Post a Comment